Saturday 5 July 2014

Lima Puluh Ringgit Edisi Terhad

Limo nopod ringgit nikoluar dot kerajaan Malaysia hiza sukan komanwel 1998. Malaysia ot Tuan Rumah hiza diti.

Bank Negara Malaysia menjelaskan bahawa keluaran wang kertas RM50 yang dikeluarkan adalah sebagai kenang-kenangan bersempenakan Sukan Komanwel (SUKOM) pada tahun 1998.

Sukan ini telah berlangsung dari 11-21 september 1998 di 26 tempat di Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi.

Wang kertas polimer pertama Malaysia.
Ditandatangai oleh Tan Sri Dato Ahmad Bin Mohd Don.

Cetakan Note Printing Australia (NPA)

*Menggunakan prefix KL/98

*Berukuran 152x76 mm

*Reka bentuk di bahagian hadapan menggambarkan potret Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang pertama di sebelah kanan.

*Bangunan latar langit Kuala Lumpur berserta dengan beberapa mercu tanda utama di bahagian tengah.

*Corak abstrak rama-rama "Look Programme" Sukan Komanwel berserta Alat Variabel Optik (AVO) berwarna kuning keemasan dengan potret Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang pertama pada tingkap pandang telus kelihatan di sebelah kiri.

Wang polimer RM50 ini mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti:

*Alat Variabel Optik (AVO)
*Dua tingkap pandang telus
*Tulisan huruf mikro intaglio
*Cetakan pelangi
*Tanda pandang telus
*Pola antipenskan/antipenyalin
*Dakwat limunan berpendaflour di bawah cahaya ultraungu.

No comments:

Post a Comment