Thursday 28 January 2016

Retreat Doa

Hiza dit 24 om 25 haribulan koiso toun 2016 retreat DOA dahai kangavi AJK KOMPEL PBM St. Mary's Cathedral KL sid iXXORa Villa, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tuesday 26 January 2016

SEJARAH SIMPANG MENGAYAU SERTA PAHLAWAN RUNGUS

• SEJARAH SIMPANG MENGAYAU SERTA PAHLAWAN RUNGUS •

Cerita mahupun Sejarah

#Simpang_Mengayau amat sinonim dengan kehebatan Pahlawan Bangsa Rungus satu ketika dahulu,tempat ini juga dikenali sebagai Tanjung Simpang Mengayau atau Tip Of Borneo. Apapun nama tempat ini sekarang, nama sebenar tempat ini ialah #SABPANG_MANGAZOU iaitu dari bahasa Rungus yang bermaksud tempat bertemunya para pahlawan Rungus dan pahlawan dari etnik-etnik bangsa yang lain,dimana mereka secara beramai-ramai bertempur menentang lanun-lanun pada ketika itu.

Ada banyak versi cerita yang kita boleh baca mengenai asal-usul kawasan ini, dan juga sejarah yg berkait rapat dengannya.
Namun apa yang hendak kita kongsikan adalah 'Nilai' tempat bersejarah ini pada Bangsa Peribumi Borneo khususnya Bangsa Rungus.

Dahulunya, tempat ini juga dikenali sebagai tempat perdagangan secara sistem 'Bertukar-Barang'(Barter)dikalangan penduduk di situ dan penduduk luar. Oleh kerana itu juga, tempat ini dikatakan menjadi tumpuan para lanun untuk me-lanun para peniaga yang ada di daerah itu.

Oleh kerana aktiviti-aktiviti melanun semakin giat di kawasan itu,maka datanglah para pahlawan-pahlawan dari pelbagai tempat termasuklah yang berasal dari Mondou (Bandau / Kota Marudu)bersama-sama ramai pahlawan Rungus yang mampu berjalan di atas air, ghaib, melompat dengan tinggi & jauh sepantas teriakannya dan banyak lagi.

Al kisahnya mengikut cerita lisan bahawa Ketika pertempuran,perairan pesisir pantai menjadi merah disebabkan darah yang terlalu banyak tumpah ke laut. Banyak kepala lanun dipenggal oleh pahlawan-pahlawan di situ sebagai 'Pingat kemenangan' yang harus dibanggakan mereka dengan menggantung kepala-kepala musuh di tiang-tiang rumah dan juga dinding rumah.

Antara pahlawan-pahlawan Rungus yang amat digeruni ketika itu ialah

• Aki Palavan,

• Aki Sook,

• Aki Rungsud,

• Aki Kulindod,

• Aki Ampil,

• Aki Linggab,

• Aki Bagu,

• Aki Kolobon,

• Aki Tumanggung Karantud

• Aki Sagunting.

Menurut cerita orang-orang tua, pahlawan yang paling terkenal ialah Aki Palavan dan Aki Sook di mana kawasan 'Sabpang Mangazou' dan beberapa kawasan di teluk Marudu terpaksa dikosongkan selama 100 tahun agar tidak terkena sumpahan
'sindaat' (ilmu hitam) mereka berdua ini yang mereka gunakan ketika bertempur di Sabpang Mangazou.

Aki Ampil pula terkenal dengan sifat ganasnya yang tidak mampu dihalang oleh pahlawan-pahlawan lain ketika marah. 'Gimbaran' atau 'mambang' dari tanah dan laut membuatkan fizikalnya berubah dan menjadi terlalu kuat. Ini menjadi masalah apabila Aki Ampil masih belum menjadi dirinya yang asal dan tidak pulang ke rumah walaupun selepas beberapa hari pertempuran dengan lanun telah tamat.

Bagaimanapun, era 'mangazou' ini sebenarnya berakhir oleh Aki Rungsud. Aki Rungsud boleh dikatakan Bapa kemerdekaan kepada rakyat daerah Kudat ketika itu.

Beliau (Aki Rungsud) yang menetapkan undang2 perdagangan. Sejak Aki Rungsud (Rungus)membuka perdagangan barter, seluruh pesisiran pantai dari Momogun Tobilung hingga ke Beluran,undang-undang barternya adalah menggunakan huku Rungsud(Rungus).

Aki Rungsud » Nenek moyang suku Rungus. Rungsud adalah nama nenek moyang Bangsa Rungus yang berasal dari Nunuk Ragang. Keturunan beliau akhirnya disebut Rungus. Beliau bertanggungjawab dalam membuka utara borneo (Bandau/Mondou,Kirangavan, Toringai sehingga ke Koniung/morimbou Kudat) yang akhirnya di tukar Konopuan Mogkorudu yang menjadi #KotaMARUDU pada hari ini.

Aki Linggab - Penjaga laut cina selatan dan juga teluk bandau,Selalu berperang dengan Lanun di Sabpang Mangazou.

Aki Bagu - Penjaga kawasan Pata, Andarason dan sampai di Badarag sikuati.

Aki Kolobon - penjaga laut bandau dan bertanggungjawab menghalau sariff Osman dari terus memeras ugut orang rungus-tombonuvo dan orang Brunei pada ketika itu.

Aki Kulindod / Kurunding= Dalam sejarah yg di tulis oleh British / di rujuk kembali oleh James Ongkili,Kurunding berbangsa Illanun tetapi Kulindod @Kurunding adalah bangsa Rungus dan dalam buku yg di tulis dan terpampang di muzium sabah. Semua orang tahu pakaian yang di pakai oleh Kulindod adalah pakaian Bwadu pakaian lelaki bangsa Rungus.

Aki Tumanggung Karantud = di kenali orang british sebagai Raja terakhir Bangsa Rungus yang terkenal kerana penentangannya terhadap kuasa British.

Hari ini Simpang Mengayau menjadi salah satu daya tarikan utama pelancong luar negara untuk berkunjung ke Borneo Utara(Sabah) kerana di tempat inilah kita dapat melihat bertemunya dua buah laut antara 'Laut Cina Selatan' dengan 'Laut Sulu".

'..bersama memartabatkan Budaya serta tradisi Bangsa Borneo.."

Sumber dari : SabahanVoice

HARIBULAN DO MOMOGUN RUNGUS

HARIBULAN DO MOMOGUN RUNGUS

1hb - Tongibol / Sikulab

2hb - Soribangavan

3hb - Gogolpian

4hb - Gogolpuhod

5hb - Ko-1 ngapat-ngapat

6hb - Ko-2 ngapat-ngapat

7hb - Ko-3 ngapat-ngapat

8hb - Ko-4 ngapat-ngapat

9hb - Gizuk

10hb - Katang

11hb - Tunizan

12hb - Bosul

13hb - Montolu

14hb - Tavang

15hb - Tolikud/Tohikud

16hb - Tontong

17hb - Molot

18hb - Lumbas/Imbuvunos

19hb - Rampagas

20hb - Kolintabasan

21hb - Katang Tonob

22hb - Gizuk Tonob

23hb - ko-1 Ingapat ngapat tonob

24hb - ko-2 ingapat ngapat tonob

25hb - ko-3 ingapat tonob

26hb - ko-4 ingapat tonob

27hb - soribau ngavan tonob

28hb - Gogolpian tonob

29hb - Gogolpuhod tonob

30hb - Linzob

31hb - Piromutan