Wednesday 12 July 2017

ADAT DAN TATACARA PERKAHWINAN MOMOGUN RUNGUS DAHULU KALA

ADAT DAN TATACARA PERKAHWINAN MOMOGUN RUNGUS DAHULU KALA

Adat Misavo Momogun Rungus Kodori

Adat Perkhawinan Momogun Rungus Di zaman Dahulu, kian Di lupakan.
beberapa Adat perkahwinan  Kaum Momogun Rungus Dahulu yang perlu kita Ketahui ialah

1. Menjodohkan anak lelaki dan anak perempuan Oleh ibubapa tanpa pengetahun anak mereka. Pihak lelaki dan pihak perempuan Akan berjanji sesama mereka diantara 4 ke 9 Tahun mengikut umur Anak. Setelah sampai masanya, mereka Akan Dikhawinkan/dinikahkan. Dalam Bahasa Rungus ianya disebut sebagai POPIBUMBUNG @ MIANDUI.

2. Merisik dalam bahasa Rungus ianya di panggil MONUDUNG..

3. Tunang = Rungus MANAMONG. Bagi kaum Rungus bertunang [RUMAIT & MANAMONG] adalah Sama.Pada masa dahulu ketika bertunang pihak lelaki akan membawa Sirih.Pinang & Gambir [ INGATON.OSU.TAPUW/APUW & GAMBIL] yg di bawa dalam bekas yg dibuat dari dahan pokok pinang [KAZAKAP] seperti beg Galas.

Dalam majlis bertunang. Pihak lelaki akan memberikan Sirih, Pinang itu tadi kepada   IbuBapa dan saudara mara perempuan,Sekiranya  mereka memakan Sirih,Pinang itu tadi bererti pihak Lelaki diterima menjadi menantu.

Dalam masa menunggu tarikh perkahwinan. Lelaki selalunya Akan membuat kerja2 ladang dan apa sahaja dipihak perempuan mengikut kemampuan lelaki,selalunya seminggu ke dua minggu. [ TUMABANG GUMAMA SD TOKINON] ini adalah wajib bagi pihak lelaki.

4. Akad nikah atau dalam bahasa Rungus MIHUKUM. Sebelum Akadnikah [MIHUKUM]. jika lelaki tidak ada membantu pihak keluarga sebelum itu [GUMAMA SD ONDU] pihak lelaki dikenakan 1 Gong sebagai pembuka Bicara [OHUKUM PO LAID I KUSAI] barulah majlis diteruskan.. Tarikh majlis Perkhawinan dan hantaran akan dibincangkan pada masa ini,pada masa ini pihak wanita Akan menyatakan berapa jumlah hantaran melalui [MONINGKOLOS @ MITIMBAGOS]

5. Simpulan Tali atau dalam bahasa Rungus TIMBAGOS/TINGKOLOS yang ketika itu dibuat dari Tali kulit kayu yg di hiris halus[Timbagan] @ Rotan yg dihiris halus [Norusan]. Satu simpulan Tali bermaksud satu Gong hantaran jika ada 4 @ 5 Simpulan tali [5-TIMBAGOS] 5 itulah jumlah Gong sebagai Hantaran

6. Majlis Perkhawinan bagi kaum Rungus Terbahagi 2. Iaitu Biasa  dan Besar-besaran.[MOGONTONG/POPISAVO NO BANAL] Bagi Perkhawinan biasa pengantin perempuan hanya memaki kain sarung dan diletakkan di bilik, rumah orang lain dalam Rumah Panjang tersebut,selalunya jarak dua ke tiga pintu[POLOPINGON PO],manakala pengantin lelaki berpakaian lengkap bersama Tombak. Sebagai tanda memberkati [MAMARAKAT],semasa pengantin lelaki sedang melangkah Naik anak tangga Rumah panjang.. pengantin lelaki tersebut akan ditahan dan Perlu Disikat Rambutnya [SURUDON I TOBUK] Orang yg menyikat Rambut itu ada ayat Bacaan kalau tidak silap. Barulah pengantin lelaki akan di bawa masuk ke bilik pengantin perempuan. Pengantin pereumpun akan di bawa oleh dua @ tiga pengering wanita akan membawa ke biliknya [MONGORI] kerana pada masa itu pengantin perempuan tidak dapat melihat kerana telah ditutup penuh oleh kain dan di mestikan menangis. Kalau tidak menangis Akan dicubit oleh oleh pengiringnya sehingga menangis.. setelah sampai ke bilik barulah kain akan dibuka. Diringkaskan cerita. Pada majlis ini hanya pengantin sahaja yg ada majlis makan. Iaitu telur dan nasi yg dibulatkan dan mereka akan menyuap antara satu sama lain.

7. Majlis Perkhawinan besar-besaran pula maksudnya satu rumah panjang atau penghuni rumah panjang lain yg dekat ada bersama2 meraikan majlis itu.[MAD KO BERUNSAI] Dalam Rungus ianya dipanggil ONTONG TOTUO.
Pengantin lelaki dan perempuan berpakaian lengkap tradisinol Rungus.pengantin lelakinya juga memakai lilitan di lengan tangan yg dibuat dari kayu [PONIKOS] pengantin perempuan pula selain pakaian tradisinol ,akan memakai bunga2 yg dibuat dari kain di sekeliling pinggangnya.
Bukan dalam bilik pengantin tetapi mereka akan diraikan diruang tamu Rumah panjang. Mereka akan berjalan mengelilingi "RAZA" beberapa kali dan makanan juga banyak dihidangkan oleh pihak pengantin kepada penghuni rumah panjang itu.

RAZA tidak tau bahasa Melayu

Ogumu banal mogoduat doho elaan ku om Amu it Adat Pisavo do Momogun Kodori.. jadi i pos ku Iti nagama ku Alaid no.. rumosi oku ko a Kontok jadi i  pos kui Iti . ong varo ta naka ngaam tudukai oku om Otagai di tokou.. Kounsapatan..

Credit : Adiw
Source : WhatsApp